Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan menghantar pasukannya ke Sri Lanka minggu depan bagi menyambung semula rundingan berhubung bantuan yang tergendala sebelum ini.<br /><br />Dalam kenyataannya, IMF yang berpangkalan di Washington merancang melawat Colombo pada 24 hingga 31 Ogos ini untuk meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Sri Lanka mengenai pembaharuan dasar ekonomi dan kewangan.